kadangkala kita sering memikirkan apakah yang akan terjadi pada esok hari ..mungkin sama dan mungkin berubah , ianya datang tanpa sebab dan mengira waktu . setiap permulaan hari berikutnya perlulah kita melihat perkara yang berlalu sebagai satu pengajaran ,agar kita lebih menghargai setiap saat dan ketika ...
setiap hari adalah permulaan baru setiap individu itu sendiri , apabila seseorang itu membuka mata nya dan melihat sekeliling dia ada rasa gembira kerana dia masih mempunyai hari dan bukan semalam adalah hari terakhirnya .
keindahan sesebuah kehidupan itu bergantung bagaimana cara seseorang itu menguruskannya , setiap waktu masa berlalu tanpa kita sedar akan merugikan kita . masa yang berlalu hanya tinggal kenangan dan pengalaman , tiada cara untuk kembalikan saat2 yang berlalu.
hari ini kita masih hidup kerana diberi peluang untuk membetulkan sesuatu dari sesuatu ke arah kebaikan dan bukannya keburukan . malah kita adalah manusia yang xpernah terlepas daripada kesilapan namun kita perlu memikirkan cara mengatasinya. esok mungkin berubah dari segi masa,tempat dan pemikiran .
kekadang kita selalu terpikirkan kenangan lepas namun tiada apa yang dapat kita kembalikan . hari esok adalah hari baru ,cara dan pemikiran baru ... hari esok mungkin berubah....
No comments:
Post a Comment