World Class...Art

Monday, 19 December 2011

Tips Mengurus Masa Untuk Hubungan Suami & Isteri :)

Hari ini kita hidup dalam zaman yang penuh dengan cabaran dan kesibukan. Dunia hari ini menuntut kita untuk lebih komited dengan kerjaya serta tugas harian di pejabat. Kadang-kala ia mampu memberi tekanan stres kepada diri kita seterusnya boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan dan kesihatan seksual kita.Perkara ini kita dapat lihat di kalangan pasangan suami-isteri yang berkerja. Jika tekanan bebanan kerja dibawa ke rumah, pastinya ia akan mempengaruhi hubungan intim mereka.Ye lah, kalau dah tension di pejabat, lalu membuatkan anda letih apabila tiba di rumah, adakah ketika itu anda masih ada ‘selera’ nak melakukanhubungan intim bersama pasangan?Awas! Perkara ini tidak seharusnya berlaku kepada diri anda dan pasangan anda.Jalan penyelesaian untuk mengelak daripada perkara ini berlaku ialah melalui pengurusan masa anda dengan lebih efektif untuk menjamin kebahagiaan hubungan intim.Berikut saya kongsikan bersama anda 9 tips untuk mengurus masa anda untuk mengekalkan hubungan intim seksual bersama suami atau isteri anda dengan lebih bahagia:Peruntukkan dan tetapkan dalam sehari ada masa anda untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit. Anda boleh lakukan sedikit senaman di awal pagi atau petang hari. Bersenam secara konsisten mampu mengekalkan tahap kecergasan tubuh anda seterusnya memberi tenaga yang lebih kepada anda ketika di atas ranjang. Banyakkan masa anda bersama dengan pasangan berbanding kerja jika anda memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Kalau anda biasa buat ‘overtime’ atau ‘stay-back’ di pejabat, cuba kurangkannya. Cepat-cepat balik rumah kalau dah habis waktu pejabat. Tak perlu anda seksa diri untuk mengikut petua orang-orang lama seperti makan telur ayam kampung la, mengamalkan pelbagai jenis urutan la. Yang penting kualiti ketika anda bersama pasangan anda. Kalau anda stres akibat dengan kerja atau ‘dateline’ semakin hampir, cepat-cepat lakukan seks bersama isteri/suami anda. Seks mampu memberi ketenangan fikiran kepada anda kerana ketika anda orgasma, hormon oxytocin akan dirembeskan (terhasil). Hormon ini mempunyai fungsi untuk memberi ketenangan dan perasaan releks kepada diri anda. Jangan buat temujanji yang banyak bersama kenalan-kenalan anda jika anda sendiri tak yakin boleh memenuhinya. Jika anda seorang eksekutif atau pengurus di pejabat, anda boleh agih-agihkan tugasan di pejabat kepada para pembantu anda. Elakkan memaksa diri untuk melakukan semua kerja dalam satu masa. Elakkan makan malam terlalu lewat. Jika anda makan malam lewat, ini membuatkan anda rasa kenyang dan kurang bertenaga jika mahu mengadakan hubungan intim bersama isteri di malam hari. Ambil cuti semata-mata untuk bersama isteri anda. Ya, tak salah sebenarnya. Ini lebih-lebih lagi bagi pasangan yang agak sukar mendapat cahaya mata. Dengan menghabiskan hari anda bersama, ini boleh memberi fokus yang lebih kepada anda dalam mengadakan hubungan intim. Tetapkan masa dan buat janji bersama pada pukul berapa anda berdua akan masuk ke kamar. Ini supaya anda tahu bila anda perlu hentikan dan lupakan segala kerja-kerja anda. Sebagai contoh, anda boleh berjanji bersama pasangan anda setiap malam pukul 10.30PM mesti dah ada atas katil [Image] Semoga tips-tips ini boleh membantu anda dalam menguruskan masa anda dengan lebih bijak demi kebahagiaan hubungan intim suami-isteri anda.Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, boleh kongsikannya bersama rakan-rakan anda di Facebook. Klik butang berwarna biru “Share” di atas (sebelah kanan sudut atas artikel ini)No related posts.

No comments:

Post a Comment